Call / SMS / Whatsapp
+6019 980 2342

Pengenalan

Berita baik untuk anda!

Kini anda boleh belajar ilmu perdagangan Forex yang boleh anda lakukan di mana-mana sahaja melalui internet atau telefon bimbit anda pada bila-bila masa 24 jam sehari 5 hari seminggu untuk menjana pendapatan lumayan.

Apa Itu Perdagangan Forex

Forex adalah singkatan daripada perkataan ForeignExchange atau di dalam bahasa Melayu maknanya ialah Pertukaran Matawang Asing. Dengan lain perkataanForex (Foreign Exchange) atau Pertukaran Matawang Asing adalah satu perdagangan pertukaran di antara sesuatu matawang asing dengan sesuatu matawang asing yang lain. Forex juga dikatakan perdagangan menjual sesuatu matawang asing dan dalam masa yang sama membeli sesuatu matawang asing yang lain.

Sebagai contoh katakan anda ingin melancong ke Amerika Syarikat. Untuk berbelanja atau membeli belah di sana anda memerlukan matawang Amerika iaitu US Dollar (US$). Katakan kadar pertukaran matawang US Dollar (US$) dengan Ringgit Malaysia (RM) ialah US$1 = RM3.10. Oleh itu katakan anda bercadang untuk menukar atau membeli matawang US Dollar sebanyak US$2,000 untuk dibawa ke Amerika.

Hanya 2 tempat sahaja yang membolehkan anda menukar atau membeli matawang asing iaitu di Bank-Bank Tempatan dan Pengurup Wang (Money Changer) yang berlesen. Maka untuk membeli matawang Amerika sebanyak US$2,000, anda menukarnya atau membelinya di Pengurup Wang (Money Changer). Oleh kerana kadar pertukarannya ialah UD$1 = RM3.10,  maka anda menyerahkan wang sebanyak US$2,000 x 3.10 = RM6,200 untuk menukar atau membeli matawang US$ sebanyak US$2,000 kepada Pengurup Wang (Money Changer) tersebut.

Proses pertukaran ini sama juga dikatakan anda menjual matawang Ringgit Malaysia sebanyak RM6,200 kepada Pengurup Wang (Money Changer) tersebut dan dalam masa yang sama anda juga membeli matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000.Proses inilah yang dikatakan perdagangan forex.

Bagaimana Perdagangan Forex
Boleh Menguntungkan Anda?

Katakan anda membatalkan hasrat anda untuk melancong ke Amerika dan anda mengambil keputusan untuk menyimpan matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000 tersebut. Dalam masa 2 minggu anda menyimpannya, katakan Dollar Amerika telah meningkat dan jika anda ingin menjualnya kembali kadar pertukarannya ialah US$1 = RM3.30. Oleh itu jika anda ingin menukar atau menjual kembali US$,2,000 yang telah anda simpan, anda akan memperolehi keuntungan Ringgit Malaysia sebanyak US$2,000 x 3.30 = RM6,600.   

Untuk menjual US$2,000 yang telah anda simpan, anda perlu menjualnya kembali kepada Pengurup Wang (Money Changer). Kemudian Pengurup Wang (Money Changer) memberi anda wang sebanyak RM6,600 (kadar pertukaran US$1 = 3.30). Oleh itu proses ini dikatakan anda menjual matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000 dan dalam masa yang sama anda membeli Ringgit Malaysia sebanyak RM6,600.

Oleh itu keseluruhan proses perdagangan Forex yang telah anda lakukan ialah pada mulanya anda menjual Ringgit Malaysia sebanyak RM6,200 dan pada masa yang sama anda membeli matawang Dollar Amerika sebanyak US$2,000. Anda menyimpan Dollar Amerika tersebut selama 2 minggu. Kemudian apabila pertukaran matawang Amerika Dollar meningkat anda menjual kembali US$2,000 dan dalam masa yang sama anda membeli pula Ringgit Malaysia sebanyak RM6,600. Maka dengan ini anda telah memperolehi keuntungan sebanyak RM400 dalam masa 2 minggu (RM6,600 – RM6,200 = RM400)

Oleh itu perdagangan Forex ialah perdagangan menjual sesuatu matawang dan dalam masa yang sama anda membeli matawang yang lain pula. Apabila matawang yang anda beli meningkat anda menjualnya kembali dan membeli matawang yang satu lagi.

Perdagangan Forex Melalui Internet

Kini zaman era internet anda tidak perlu menggunakan perkhidmatan bank atau Pengurup Wang (Money Changer) untuk menjual atau membeli sesuatu matawang. Kerana segala jual beli boleh dilakukan melalui internet di rumah atau di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet dengan menggunakan perkhidmatan broker-broker Forex yang terletak di luar negara seperti Amerika, Australia, Singpapore, Cyprus dan sebagainya.

Untuk berdagang Forex anda perlu mendaftar dengan salah satu broker Forex tersebut melalui internet dan anda akan diberi satu carta Forex untuk dimuat-turun (download) ke dalam komputer anda. Melalui carta forex tersebutlah anda akan dapat mengetahui pergerakan turun naik harga pasaran Forex dan berapa harga jual dan beli sesuatu matawang.

Melalui carta tersebut juga anda boleh menjual atau membeli sesuatu matawang melalui borang tempahan yang telah di sediakan di dalam carta tersebut.

Baca seterusnya…