Call / SMS / Whatsapp
+6019 980 2342

Faedah

Apakah Faedah Berdagang Forex Melalui Internet

Tidak Memerlukan Modal Besar

Anda tidak memerlukan modal besar untuk berdagang Forex. Bermula
daripada US$10 atau lebih kurang RM45 anda sudah boleh berdagang Forex.
Bahkan ada broker-broker Forex memberi Modal Percuma sebanyak US$5
untuk memulakan perdagangan Forex.

Menggunakan Internet Untuk Melihat Nilai Matawang Turun naik

Untuk melihat pasaran harga saham setiap hari anda perlu ke pejabat broker
pasaran saham tersebut. Di sana anda akan dapat melihat nilai sesuatu saham
turun atau naik melalui beberapa buah skrin monitor yang dipasang di dalam
pejabat tersebut.

Tetapi untuk melihat nilai sesuatu matawang turun atau naik, anda boleh
menggunakan komputer yang dipasang dengan internet. Ini bermakna anda
boleh berdagang Forex di rumah atau di pejabat anda atau di mana-mana
sahaja melalui telefon bimbit yang dipasang dengan internet. Oleh itu anda
boleh menjana pendapatan di mana-mana asalkan anda mempunyai akses
internet.

Anda Boleh Berdagang Secara Sambilan

Oleh kerana anda hanya menggunakan internet untuk melihat nilai sesuatu
matawang turun naik, maka anda boleh berdagang Forex secara sambilan
walaupun anda sudah mempunyai pekerjaan. Maka dengan ini anda boleh
memperolehi keuntungan secara sambilan di rumah anda.

Boleh Memperolehi Keuntungan Hanya beberapa Minit Sahaja

Turun naik nilai sesuatu matawang di dalam perdagangan Forex hanya
beberapa saat atau minit. Oleh itu anda boleh memperolehi keuntungan
hanya beberapa minit sahaja. Maka dengan ini perdagangan Forex adalah satu
perniagaan atau perdagangan yang paling cepat untuk memperolehi
keuntungan jika dibandingkan dengan lain-lain perniagaan atau perdagangan.

Beroperasi 24 Jam Sehari

Pasaran Forex beroperasi 24 jam sehari 5 hari seminggu. Oleh itu anda boleh
menjana pendapatan melalui perdagangan Forex melalui internet selama 24
jam sehari 5 hari seminggu. Ini bermakna walaupun orang lain sedang tidur
lena, anda masih boleh menjana pendapatan melalui perdagangan Forex.

Transaksi Serta Merta

Segala transaksi jual beli sesuautu matawang boleh dilakukan serta merta
melalui internet. Tidak seperti melabur di pasaran saham yang mana transaksi
jual beli sesuatu saham dilakukan melalui remiser.

Tiada Orang Tengah

Perdagangan Forex tidak memerlukan orang tengah. Berbanding dengan
perdagangan atau pelaburan pasaran saham dan komoditi. Transaksi jual beli
terpaksa dilakukan melalui orang tengah seperti remiser. Untuk menjual atau
membeli matawang asing anda hanya perlu mengklik pada bahagian jual atau
beli pada carta Forex di skrin komputer anda. Selepas itu anda boleh
memantau perdagangan anda pada bila-bila masa.

Tiada Perlu Membayar Komisen

Melalui perdagangan Forex anda tidak perlu membayar komisen untuk urusan
jual beli matawang asing. Keadaan ini berbeza dengan perdagangan di dalam
pasaran saham di mana setiap kali anda ingin menjual atau membeli sesuatu
saham anda terpaksa membayar komisen.

Margin Rendah Leverej Tinggi

Untuk berdagang di dalam forex anda tidak perlu mengeluarkan modal yang
banyak. Ini kerana anda akan diberikan leverej sehingga dari nisbah 1:100
sehingga 1:1,000. Ini bermakna jika anda mengeluarkan modal hanya US$100
sahaja dan anda memilih leverej 1:500, maka modal anda dibesarkan menjadi
US$50,000.

Tiada Sesiapa Yang Boleh Mengawal Pasaran Forex

Oleh kerana pasaran Forex terlalu besar iaitu transaksi lebih kurang 3US$
trillion setiap hari, maka tiada siapa yang boleh mengawal turun naik nilai
sesuatu matawang. Ini tidak seperti pasaran saham yang mana nilai harga jual
beli saham akan dipengaruhi oleh kerajaan sesebuah negara dan Lembaga
Pengarah Syarikat yang memperdagangan saham tersebut.

Pasaran Global Antarabangsa

Tulang belakang pasaran Forex merupakan jaringan dunia yang terdiri daripada
bank-bank, syarikat korporat dan kerajaan seluruh dunia. Mereka inilah
sebagai pedagang-pedagang Forex. Oleh itu pasaran Forex adalah pasaran
global seluruh dunia.

Bagaimana Forex Boleh Memberi
Keuntungan Dalam Beberapa Minit Sahaja

Bagaimana anda boleh memperolehi keuntungan di dalam beberapa minit sahaja? Sebagai contoh katakan carta di bawah ini adalah carta pasangan matawang EURO dan US$. Mengikut carta di bawah ini harga pasaran semasa matawang EURO ialah 1.2583. Ini bermakna kadar pertukaran matawang EURO berbanding US$ ialah
US$1 = 1.2583 euro.

Katakan anda menjangkakan matawang US$ akan meningkat, maka anda membuat penjualan matawang Euro dan anda membeli matawang US$ dengan kadaran US$1 = 1.2583. Dalam masa 30 minit harga pasaran semasa matawang EURO menjunam ke 1.2503. Di dalam perdagangan Forex, jika matawang EURO menurun matawang US$ meningkat. Oleh itu matawang EURO menurun sebanyak 1.2583 – 1.2580 = 80 point atau dengan lain perkataan matawang US$ meningkat 80 point juga.

Kalau anda menggunakan modal sebanyak US$10 untuk jual beli, keuntungan anda ialah 0.10US$ bagi setiap satu point. Jika anda menggunakan modal US$100, anda akan memperolehi keuntungan US$1 bagi setiap point dan jika anda menggunakan modal US$1,000, anda akan memperolehi keuntungan US$10 bagi setiap point. Oleh itu jika anda menggunakan modal US$50 untuk berdagang dan anda memperolehi keuntungan 50 point, maka anda akan memperolehi keuntungan 0.50US$ X 50 point = US$25 dalam masa 30 minit atau jika ditukar dengan matawang Ringgit anda telah memperolehi keuntungan lebih kurang RM80.00 dalam masa 30 minit sahaja.

Bagaimana Hendak Mempelajari Ilmu
Perdagangan Forex

Kini anda berpeluang mempelajari bagaimana hendak berdagang Forex melalui Kursus Perdagangan Forex anjuran Dana Forex Management . Anda boleh belajar secara hadir sendiri kursus sehari perdagangan Forex atau belajar di rumah melalui kursus jarak jauh yang mana bahan-bahan pelajaran yang berupa ebuku dan cdrom yang boleh di muat-turun ke dalam komputer anda.

Di antara kandungan kursus yang akan anda pelajari ialah:

Yes

 Apakah itu perdagangan Forex.

Yes

 Matawang-matawang yang dijual beli.

Yes

 Pasangan matawang untuk dijual beli.

Yes

 Apa yang menyebabkan turun naik sesuatu matawang.

Yes

 Apa itu Leverej dan bagaimana hendak memilih Leverej.

Yes

 Bagaimana hendak mendaftar dengan Broker Forex di luar negara.

Yes

 Bagaimana hendak memuat-turun carta yang disediakan oleh Broker Forex.

 Penerangan carta Forex.

Yes

 Cara-cara hendak menjual atau membeli sesuatu matawang menggunakan
Borang Tempahan.

Yes

 Apa itu Pending Order dan Cara-cara membuat Pending Order.

Yes

 Pengurusan modal kewangan dan banyak lagi ilmu asas perdagangan Forex
akan anda pelajari melalui kursus tersebut.

Lihat cara untuk menyertai kelas bimbingan forex disini